Thursday, December 31, 2009

KELUPIS



LAKSA SARAWAK

MEE LAKSA SARAWAK

1 bungkus (200g) perencah laksa
500g udang
2 ketul dada ayam
1 bungkus mee hoon
500g tauge
500ml santan
Garam secukup rasa
Daun ketumbar
4 biji telur ayam

Penyediaan kuah mee laksa
Rebuskan udang (dengan kulitnya sekali) dan ayam ke dalam 2 liter air. Setelah masak, keluarkan udang dn ayam tersebut dari air rebusan. Masukkan perencah laksa dan dikacau dengan menggunakan api yang perlahan. Setelah mendidih masukkan pati santan secukup rasa lemak diperlukan dan dikacau serta dibiarkan mendidih sebentar. Masukkan garam dan bahan perasa (jika perlu) secukup rasa

Penyediaan bahan-bahan
Mee hoon dicelur dengan air panas. Kemudian dicelup ke dalam air sejuk sebenrtar. Tauge dicelur, udang dikopek lkulitnya dan isi ayam dicarik/koyak halus. Telur dipukul dan digoreng kemudaiannya digulung dan dihiris halus

Penyediaan sambal belacan/pilihan (jika mahu)
Cili hidup dan sedikit belacan ditumbuk sama. Sediakan buah limaukasturi dan hidangkan berasingan

Menghidang Mee laksa Sarawak
Masukkan mee ke dalam pinggan, letakkan tauge, telur, isi ayam,udang dan 2-3 helai daun ketumbar di atas mee. Masukkan kuah mee tadi dan hidangkan. Untuk rasa yglebih enak, masukkan sambal belacan yg disediakan ke dalam mee yg tersedia untuk dimakan(perahkan limau jika mahu). Bagi sebungkus perencah (200g) anda boleh menyediakan 8-10 pinggan mee laksa Sarawak

AYUMA ENTERPRISE
019-8161550
012-8925442

BEPANG BIHUN

BEPANG BIHUN
NORAZIZAH ISMAIL

1 kg minyak masak
500g bihun
400g gula merah
200g air

1.     Bihun digoreng dengan minyak panas. Goring bihun sedikit demi sedikit sehingga habis.
2.     panaskan kuali yang bersih lalu masukkan air bersama gula merah. Biarkan mendidih sehingga berbuih. Kemudian masukkan bihun yang sudah digoreng tadi dan dikacau hingga rata. Selepas itu masukkannya ke dalam acuan dengna cepat. Bila masih panas tekankan dengan kuat supaya adunan tadi menjadi rapat. Apabila sudah sejuk bolehlah dipotong 10cm panjang dan 5cm lebar. Lepas itu barulah dimasukkan ke dalam tin supaya tidak masuk angin.
3.     Kalau suka bolehlah dijadikan hantaran atau kek harijadi anak-anak.

KUIH SELOROT

KUIH SELOROT
Petikan dari Buku MASAKAN ANEKA SRI MALAYSIA
NORAZIZAH BT ISMAIL

4oz pati santan
16oz tepungberas
14oz gula nipah atau gula merah
12 helai daun pandan disimpul
2 biji kelapa ( diambil 25oz santan cair )

1.     telur dipukul hingga kembang.
2.     gula dibancuh bersama pati santan.
3.     santan 25oz dimasak sampai mendidih bersama daun pandan.
4.     buat daun nipah menjadi kelubung supaya tidak bocor.
5.     tepung dimasukkan ke dalam mangkuk adunan dan campurkan gula, telur dan masukkan santan yang cukup panas lalu dikacau hingga rata supaya jadi pekat.
6.     tuangkan ke dalam kelubung dan kukus.
7.     apabila sudah masak bolehlah dihidangkan untuk minuman pagi atau petang.

KUIH INI ADALAH KUIH ASLI SARAWAK

SELAMAT TAHUN BARU 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010 KCT ucapkan kepada semua pengunjung blog ini semoga kita semua dirahmati Allah dan bersemangat menuju ke arah kehidupan yang lebih baik.

KEK GADO-GADO

Resepi dari buku anak Sarawak Norlia Marzuki .



KEK GADO-GADO

15bj telur-pakai 5 biji putih
345gm mentega
180gm tepung biskut marie
150gm serikaya
75gm susu manis
75gm horlick
75gm gula halus
½ sudu the esen ros
Warna merah,hijau,perasa coklat

Mentega, susu ,serikaya dan esen dipukul putih lalu ketepikan
Pukul putih telur dang la hingga kembang baru masukkan merah telur dan pukul lagi
Masukkan adunan mentega lalu gaul rata dan masukkan tepung biskut, horlick lalu gual rata
Bahagikan 3 warna dan kukus 1 lapis 3 warna. Bautlah 3 lapis,setiap lapis kukus selama 10-12 minit. Penghabisan kukus 30 minit
Tin pembakar berukuran 8 x 8 x 3 inci, tutup tin dgn kertas timah

KUIH TAKIR

KUIH TAKIR

1 paket tepung beras
500gm gula apong
2 bj kelapa
1.25 liter air
Daun pucuk (nipah) dan lidi

  1. daun pucuk dibentuk kotak segi empat memanjang yg dipanggil ‘sampan’ dan semat kedua hujungnya dgn lidi
  2. cairkan gula apong di atas dapur dan ketepikan
  3. perah santan dgn 1.25 liter air dan bancuh dgn tepung beras hingga adunan bercampur rata
  4. tuangkan seikit gula apung yg elah dicaikran tadi dan sudukan adunan tepung di atasnya
  5. kukus sampai masak

BUBUR PEDAS KELADI

 Bubur pedas adalah juadah tradisi negeri Sarawak dan hanya boleh didapati dalam bulan puasa.Tapi kini boleh juga dimakan hari-hari biasa.Istimewanya ini ditambah keladi. Resepi ini saya peroleh dari sebuah majalah Jelita tahun 80an dahulu.





BUBUR PEDAS KELADI

4 batang sulur keladi dan isinya (kupas dan baugnkan kulit arinya)
1bj kelapa
1 tangkai duan kunyit
5 tangkai pucuk bebuas
3 tangkai daun kesum
3 tangkai daun kedondong muda (ikut masam yg disukai)
Garam dan serbuk perasa secuckup rasa


BAHAN GILING

3 ulas bwg merah
Lengkuas sebesar ibu jari
1 ½ cm halia
1 batang serai
4 tangkai cili kering
Semua bahan di atas digiling atau dikisar bersama

½ biji keladi dihirs nipis nipis digoreng tanpa minyak dan dikisar atau digiling berasingan
2 tin susu beras (digoreng tanpa minyak dikisar atau digiling halus berasingan)

REMPAH BUBUR PEDAS

1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
3 biji buah pelaga
1 sudu kecil serbuk kunyit
1kelopak bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
Sedikit kulit kayu manis

Semua digoreng tanpa minyak hingga wangi barulah dikisar sampai halus dan tapis ( 1 paket rempah bubur pedas) jika menggunakan rempah yg siap dibebeli yg hanya bole dibeli di Sarawak sahaj)


  1. Kupas sulur keladi dan ubi keladi buangkan kulit arinya dipotong-potong dan direbus tetapi jgn sampai terlalu empuk. Toskan airnya
  2. perah kelapa ambil santan secukupnya. Jerangkan santan atas dapur masukkan bahan tumbuk
  3. sementara itu arunkan(campurkan) rempah bubur pedas dgn beras goring masukkan sedikit santan agar mudah digaul
  4. apabila santan telah mendidih masukkan udang, keladi, rempah bubur pedas yg telah diarun dgn serbuk beras,daunkunyitdaun kesum,pucuk beaus,daun kendondong,garam.biarkan baubur mendidih sekali lagi sehingga bahan-bahan isinya elok masaknya bolehlah dihidangkan

SAPI MASAK LENGKUAS

 Sapi masak lengkuas atau daging masak lengkuas.


SAPI MASAK LENGKUAS

180gm daging lembu-dihiris
10gm serbuk lada hitam
50gm elengkuas-dipotong dan diketuk
20gm daun ketumbar
2 sudu makan cuka
½ sudu maakan sos kacang soya atau kicap cair

Daging dibersihkan dan dihiris nipis-nipis. Panaskan minyak dan goring daging tadi bersama lengkuas yg telah diketuk. Bila daging telah empuk, masukkan lada hitam, kicap cair, cuka dan bila telah sebati smuanya, barulah angkat
Hidangkan dgn hiasan lada dan daun ketumbar. Daging ini elok dimakan bersama Nasi Bario

PANSOH MANOK

Pansoh Manok merupakan juadah istimewa negeri Sarawak. Manok adalah bahasa Sarawak bererti ayam.

PANSOH MANOK

1.8kg ayam
50gm bwg merah
35gm cili padi
20gm bwg putih
30gm halia
30gm daun kunyit dihiris
30gm serai dihiris
20gm minyak

Bersihkan ayam dan dipotong kecil sebelum diperapkan dgn kesemua bahan2 did atas selama 1 jam. Isikan dlm buluh sehingga padat. Gunakan arang utk memasak isian ayaam dan bila masak bolehlah dihidangkan bersama Nasi Bario

UMAI

UMAI merupakan juadah istimewa negeri Sarawak bumi kenyalang. Enak dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan nasi.

UMAI


2kg ikan tenggiri segar
30gm asam paya – buangkan bijinya
40gm cili padi
150gm bwg merah dihiris
50gm bwg putih dihiris
40gm halia dihiris
100ml air perahan limau nipis atau limau kasturi
Garam

Ikan dicuci dan dipotong kecil dan nipis, asingkan dari tulangnya.  Potong asam paya dan sebatikan bersama cili padi, bwg merah dan beg putih yg telah dihiris dan halia.perap ikan bersama dgn bahan2 tadi dan air asam limau nipis selama ½ jam sebelmu dihidangkan.

Friday, December 18, 2009

TEMPAHAN KEK LAPIS DAN CHOCOLATE SHORTBREAD

Sekiranya anda berminat untuk menempah kek lapis dan biskut chocolate shortbread boleh kunjungi http://ctinah-cakes.blogspot.com

KEK LAPIS BUTTERFLY

Gambar dan resepi dari buku Jamie Jong

KEK LAPIS KOKO BADAM

Gambar dan resepi Jamie Jong

KEK LAPIS KOKO BADAM

400gm mentega

120gm gulahalus

8 biji telur

200g kaya

100g serbuk badam

100g tepung susu

150g tepung biasa

1 sudu the serbuk penaik

30g serbuk koko

400g kek pemotongan-dari Kek Lapis Hati Pelangi dan Pelangi Rama-rama

Cara membuat

1. potong kek pemotongan kepada kepingan kecil, simpan

2. pukul mentega dan gula sehingga ringan dan penuh berkrim. Campurkan telur, satu demi satu, pukul rata selepas setiap tambahan

3. masukkan kaya dan gaul rata, masuk dan kacau tepung susu

4. ayak tepung dan serbuk penaik, diuli menjadi adunan mentega

5. ambil keluar 1/3 adunan, campurkan serbuk koko dan serbuk badam ke adunan yang lain

6. letak kertas dan sapu acuan kek segitepat 8” atau acuan lain dengan mentega cair. Masukkan 5 sudu besar adunan coklat, kukus sehingga masak

7. masukkan 5 sudu besar adunan badam di atas, kukus sehingga masak, diikuti oleh 5 sudu besar adunan coklat, kukus sehingga masak

8. masukkan satu lagi lapis adunan badam ,taburkan kepingan kek dan ditekan ringan ke dalam adunan kek, kukus sehingga masak

9. guna cara yang sama, teruskan sehingga kepingan kek dan adunan habis diguna

10. teruskan pengukusan satu lapis adunan coklat dan diikuti adunan badam, disudahi oleh adunan coklat, kukus sehingga setiap lapis masak sepenuhnya sebelum masukkan lapis seterusnya

KEK LAPIS NORI


Gambar dan resepi Jamie Jong

Tuesday, December 15, 2009

KEK LAPIS MUTIARA DAN COKLAT

KEK LAPIS MUTIARA DAN COKLAT
Jamie Jong

Bahan-bahan

400g mentega
200g gula halus
10 biji telur
180g kaya
100g horlicks
30g serbuk koko
150g tepung biasa
1 sudu the serbuk penaik
1 sudu the coklat emulco
450g biskut jari

Cara membuat

1.              Pukul mentega dan gula sehingga berkrim. Masukkan telur satu demi satu. Pukul sehingga rata selepas setiap tambahan.
2.              Masukkan coklat emulco, kaya dan horlicks, gaul sehingga sempurna.
3.              Ayak serbuk koko, tepung dan serbuk penaik, gaul rata.
4.              Letakkan kertas dan berus acuan kek segitepat 8” atau acuan lain dengan mentega cair. Masukkan 5 sudu besar adunan dan susun biskut jari dengan rata di atasnya, kira-kira ½” antara jaraknya. Kukus sehingga masak.
5.              Masukkan satu lagi 5 sudu besar adunan di atas, susun biskut jari di atas.Kukus sehingga masak.
6.              Teruskan proses sehingga adunan habis diguna.

NOTA
Jangan memotong kek semasa masih hangat.
Biarkan kek sejuk sepenuhnya untuk mengelakkan biskut jari runtuh semasa pemotongan.

KEK LAPIS BUAH COKLAT

Kek Lapis Buah Coklat
RABIAH AMIT

10 biji telur
1 1/2 gelas gula halus
450gm mentega
397g (1tin) susu manis
1 camca teh vanilla
2 gelas tepung roti gala
1/2 tin kelapa kering
90 keping coklat cadburry @ Van houten
Pewarna coklat dan kuning

Cara:

1. Pukul telur & gula hingga kembang
2. Pukul mentega berasingan  dan masukkan susu & vanilla
3. Campurkan kedua-dua adunan tadi dan gaul rata-rata
4. Kaup balikkan tepung roti dan kelapa kering.
5. Kemudian campurkan adunan mentega dgn adunan roti dan kelapa
6. Gaul hingga rata
7. bahagi kepada 2 bahagian dan diberi warna kuning dan coklat
8.Tuangkan warna kuning dahulu dan bakar sehingga masak. apabila masak susunkan kepingan coklat tadi dan tuangkan adunan coklat tadi.
9. Buat begitu sehingga habis


Sunday, November 8, 2009

KEK LAPIS COKLAT RANGUP



Gambar dan resepi Jamie Jong keluaran ONE PUBLISHER

KEK LAPIS COKLAT RANGUP

Bahan-bahan

250g mentega

100g gula halus

5 biji telur

150g serbuk biskut marie

180g sekaya

3 bungkus besar biskut coklat rangup

Pewarna oren dan hijau

Cara membuat

1. Pukul mentega dan gula sehingga ringan dan berkrim. Masukkan telur satu demi satu, pukul setiap kali.

2. Masukkan sekaya, gaul sehingga rata, kemudian masukkan sebuk biskut marie.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Campurkan pewarna oren ke dalam satu bahagian sementara pewarna hijau ke satu bahagian lain.

4. Letakkan kertas dan berus acuan kek segitepat 7” atau acuan lain dengan mentega cair. Masukkan 4 sudu besar adunan oren dan kukus sampai masak, kira-kira 5 minit.

5. Masukkan 4 sudu besar adunan hijau, susun biskut coklat rangup di atas, kukus sehingga masak.

6. Teruskan lapisan seterusnya dengan adunan oren. Guna cara yang sama sehingga adunan habis diguna.

NOTA

Susun biskut coklat rangup di atas lapisan hijau sahaja.

Serbuk biskut marie – kisar atau tumbuk .

KEK LAPIS WALNAT AISKRIM





KEK WALNAT AISKRIM
Rabiah amit


Bahan
5 biji putih telur
300g gula halus
15 biji kuning telur
400g mentega, dipukul hingga kembang
240g tepung berserbuk penaik

Bahan a
90g aiskrim coklat
45g koko
1 sudu teh pewarna coklat

Bahan B
90g aiskrim vanilla
60g walnut, goring tanpa minyak dan ditumbuk kasar
2 sudu teh esen vanilla

Cara Membuat
1.                  Pukul putih telur sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit.
2.                  Masukkan kuning telur satu demi satu dan pukul sehingga menjadi pekat dan berkrim.
3.                  Masukkan mentega ke dalam adunan telur.  Kacau rata dan kaup balikkan tepung.
4.                  Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Masukkan bahan A dalam satu bahagian dan bahan B dalam satu bahagian lagi.
5.                  Masukkan 3 senduk adunan yang mengandungi bahan A ke dalam acuan 8 1/2 x 8 1/2 inci dan bakar sehingga masak.
6.                  Tekan lapisan yang masak sebelum memasukkan 3 senduk adunan yang mengandungi bahan B dan bakar hingga masak.
7.                  Ulang proses ini berselang seli sehingga kedua-dua adunan habis.

KEK LAPIS BATIK

KEK LAPIS OMBAK STRAWBERI DAN KOPI

KEK LAPIS OMBAK STRAWBERI DAN KOPI


Resepi ini diambil dari buku terbitan One Publisher. Resepi ciptaan Jamie Jong

Bahan-bahan

500g mentega
10 biji telur
200g gula halus
280 g tepung biasa
1 sudu the serbuk penaik
150ml ogurt strawberi
2 sudu besar bijan instant kopi
150ml yogurt mangga
Pewarna hijau,merah
coklat emulco

Cara membuat

a.              Gaul mentega dengan gula sehingga ringan dan penuh berkrim. Campurkan telur satu demi satu pukul rata selepas setiap tambahan.
b.              Ayak tepung dan serbuk penaik, campurkan ke adunan mentega dan gaul sebati.
c.               Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, campur yogurt strawberi dna pewarna merah ke bahagian pertama. Campur yogurt mangga dan pewarna hijau ke bahagian kedua. Larutkan bijian instant kopi dalam 4 sudu besar air panas dan dicampur ke bahagian ketiga.
d.              Letak kertas dan berus acuan kek segitepat 8” dengan mentega cair. Masukkan 5 sudu besar adunan hijau, kukus sehingga masak. Guna penekan zig-zag di atas dan menekan permukaan dengan tetap untuk memperolehi corak ombak. Kukus sehingga masak.
e.              Masukkan 5 sudu besar adunan kopi di atasnya, kukus sehingga masak.
f.                 Masukkan 5 sudu besar adunan kopi di atasnya, kukus sehingga masak.
g.              Teruskan pengukusan dan menekan setiap lapisan sehingga semua adunan habis diguna.

NOTA

a.              Diingatkan bahwa hendaklah menekan setiap lapis pada arah yang sama.
b.              Penekan zig-zag dan acuan kek boleh didapati di kebanyakan kedai bakeri.




KEK KOKO BADAM


CHOCOLATE SHORTBREAD















FRAMBOZEN CANARY





















KEK LAPIS PUNCAK KASIH