Thursday, December 31, 2009

LAKSA SARAWAK

MEE LAKSA SARAWAK

1 bungkus (200g) perencah laksa
500g udang
2 ketul dada ayam
1 bungkus mee hoon
500g tauge
500ml santan
Garam secukup rasa
Daun ketumbar
4 biji telur ayam

Penyediaan kuah mee laksa
Rebuskan udang (dengan kulitnya sekali) dan ayam ke dalam 2 liter air. Setelah masak, keluarkan udang dn ayam tersebut dari air rebusan. Masukkan perencah laksa dan dikacau dengan menggunakan api yang perlahan. Setelah mendidih masukkan pati santan secukup rasa lemak diperlukan dan dikacau serta dibiarkan mendidih sebentar. Masukkan garam dan bahan perasa (jika perlu) secukup rasa

Penyediaan bahan-bahan
Mee hoon dicelur dengan air panas. Kemudian dicelup ke dalam air sejuk sebenrtar. Tauge dicelur, udang dikopek lkulitnya dan isi ayam dicarik/koyak halus. Telur dipukul dan digoreng kemudaiannya digulung dan dihiris halus

Penyediaan sambal belacan/pilihan (jika mahu)
Cili hidup dan sedikit belacan ditumbuk sama. Sediakan buah limaukasturi dan hidangkan berasingan

Menghidang Mee laksa Sarawak
Masukkan mee ke dalam pinggan, letakkan tauge, telur, isi ayam,udang dan 2-3 helai daun ketumbar di atas mee. Masukkan kuah mee tadi dan hidangkan. Untuk rasa yglebih enak, masukkan sambal belacan yg disediakan ke dalam mee yg tersedia untuk dimakan(perahkan limau jika mahu). Bagi sebungkus perencah (200g) anda boleh menyediakan 8-10 pinggan mee laksa Sarawak

AYUMA ENTERPRISE
019-8161550
012-8925442

No comments:

Post a Comment