Tuesday, December 15, 2009

KEK LAPIS MUTIARA DAN COKLAT

KEK LAPIS MUTIARA DAN COKLAT
Jamie Jong

Bahan-bahan

400g mentega
200g gula halus
10 biji telur
180g kaya
100g horlicks
30g serbuk koko
150g tepung biasa
1 sudu the serbuk penaik
1 sudu the coklat emulco
450g biskut jari

Cara membuat

1.              Pukul mentega dan gula sehingga berkrim. Masukkan telur satu demi satu. Pukul sehingga rata selepas setiap tambahan.
2.              Masukkan coklat emulco, kaya dan horlicks, gaul sehingga sempurna.
3.              Ayak serbuk koko, tepung dan serbuk penaik, gaul rata.
4.              Letakkan kertas dan berus acuan kek segitepat 8” atau acuan lain dengan mentega cair. Masukkan 5 sudu besar adunan dan susun biskut jari dengan rata di atasnya, kira-kira ½” antara jaraknya. Kukus sehingga masak.
5.              Masukkan satu lagi 5 sudu besar adunan di atas, susun biskut jari di atas.Kukus sehingga masak.
6.              Teruskan proses sehingga adunan habis diguna.

NOTA
Jangan memotong kek semasa masih hangat.
Biarkan kek sejuk sepenuhnya untuk mengelakkan biskut jari runtuh semasa pemotongan.

No comments:

Post a Comment