Sunday, November 8, 2009

KEK LAPIS OMBAK STRAWBERI DAN KOPI

KEK LAPIS OMBAK STRAWBERI DAN KOPI


Resepi ini diambil dari buku terbitan One Publisher. Resepi ciptaan Jamie Jong

Bahan-bahan

500g mentega
10 biji telur
200g gula halus
280 g tepung biasa
1 sudu the serbuk penaik
150ml ogurt strawberi
2 sudu besar bijan instant kopi
150ml yogurt mangga
Pewarna hijau,merah
coklat emulco

Cara membuat

a.              Gaul mentega dengan gula sehingga ringan dan penuh berkrim. Campurkan telur satu demi satu pukul rata selepas setiap tambahan.
b.              Ayak tepung dan serbuk penaik, campurkan ke adunan mentega dan gaul sebati.
c.               Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, campur yogurt strawberi dna pewarna merah ke bahagian pertama. Campur yogurt mangga dan pewarna hijau ke bahagian kedua. Larutkan bijian instant kopi dalam 4 sudu besar air panas dan dicampur ke bahagian ketiga.
d.              Letak kertas dan berus acuan kek segitepat 8” dengan mentega cair. Masukkan 5 sudu besar adunan hijau, kukus sehingga masak. Guna penekan zig-zag di atas dan menekan permukaan dengan tetap untuk memperolehi corak ombak. Kukus sehingga masak.
e.              Masukkan 5 sudu besar adunan kopi di atasnya, kukus sehingga masak.
f.                 Masukkan 5 sudu besar adunan kopi di atasnya, kukus sehingga masak.
g.              Teruskan pengukusan dan menekan setiap lapisan sehingga semua adunan habis diguna.

NOTA

a.              Diingatkan bahwa hendaklah menekan setiap lapis pada arah yang sama.
b.              Penekan zig-zag dan acuan kek boleh didapati di kebanyakan kedai bakeri.




No comments:

Post a Comment