Thursday, December 31, 2009

BEPANG BIHUN

BEPANG BIHUN
NORAZIZAH ISMAIL

1 kg minyak masak
500g bihun
400g gula merah
200g air

1.     Bihun digoreng dengan minyak panas. Goring bihun sedikit demi sedikit sehingga habis.
2.     panaskan kuali yang bersih lalu masukkan air bersama gula merah. Biarkan mendidih sehingga berbuih. Kemudian masukkan bihun yang sudah digoreng tadi dan dikacau hingga rata. Selepas itu masukkannya ke dalam acuan dengna cepat. Bila masih panas tekankan dengan kuat supaya adunan tadi menjadi rapat. Apabila sudah sejuk bolehlah dipotong 10cm panjang dan 5cm lebar. Lepas itu barulah dimasukkan ke dalam tin supaya tidak masuk angin.
3.     Kalau suka bolehlah dijadikan hantaran atau kek harijadi anak-anak.

No comments:

Post a Comment