Sunday, November 8, 2009

KEK LAPIS COKLAT RANGUP



Gambar dan resepi Jamie Jong keluaran ONE PUBLISHER

KEK LAPIS COKLAT RANGUP

Bahan-bahan

250g mentega

100g gula halus

5 biji telur

150g serbuk biskut marie

180g sekaya

3 bungkus besar biskut coklat rangup

Pewarna oren dan hijau

Cara membuat

1. Pukul mentega dan gula sehingga ringan dan berkrim. Masukkan telur satu demi satu, pukul setiap kali.

2. Masukkan sekaya, gaul sehingga rata, kemudian masukkan sebuk biskut marie.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Campurkan pewarna oren ke dalam satu bahagian sementara pewarna hijau ke satu bahagian lain.

4. Letakkan kertas dan berus acuan kek segitepat 7” atau acuan lain dengan mentega cair. Masukkan 4 sudu besar adunan oren dan kukus sampai masak, kira-kira 5 minit.

5. Masukkan 4 sudu besar adunan hijau, susun biskut coklat rangup di atas, kukus sehingga masak.

6. Teruskan lapisan seterusnya dengan adunan oren. Guna cara yang sama sehingga adunan habis diguna.

NOTA

Susun biskut coklat rangup di atas lapisan hijau sahaja.

Serbuk biskut marie – kisar atau tumbuk .

No comments:

Post a Comment