Sunday, November 8, 2009

KEK LAPIS ANEKA WARNA HORLICK


KEK LAPIS BERANEKA WARNA HORLICKS

Jamie Jong

Bahan-bahan

350g mentega

180g gula halus

8 biji telur

120g tepung biasa

1 sudu teh serbuk penaik

½ sudu teh soda bikarbonat

150g horlicks

Pewarna kuning, merah dan hijau

Coklat emulco

Cara membuat

1. Pukul gula dan mentega sehingga ringan. Masukkan telur satu demi satu. Pukul rata selepas setiap tambahan telur.

2. Masukkan horlicks dan gaul rata.

3. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, uli adunan sehingga kembang.

4. Ambil 300g adunan, bahagikannya di dalam 3 cawan berasingan. Campurkan pewarna hijau, merah dan coklat emulco berasingan dan masukkan ke dalam beg pemicit.

5. Masukkan pewarna kuning ke dalam bahagian lebihan.

6. Letakkan kertas dan berus acuan kek segitepat 7” atau acuan lain dengan mentega cair, masukkan 5 sudu besar adunan sehingga rata. Picitkan garisan lurus warna hijau, merah can coklat emulco di atasnya. Kukus sehingga masak.

7. Ulangi proses ini sehingga semua adunan habis diguna.

NOTA

1. Masa kukus untuk setiap lapis adalah 8-10 minit.

2. Potong cara melintang supaya corak beranika warna senang dilihat.


No comments:

Post a Comment