Sunday, November 8, 2009

KEK LAPIS COKLAT RANGUP



Gambar dan resepi Jamie Jong keluaran ONE PUBLISHER

KEK LAPIS COKLAT RANGUP

Bahan-bahan

250g mentega

100g gula halus

5 biji telur

150g serbuk biskut marie

180g sekaya

3 bungkus besar biskut coklat rangup

Pewarna oren dan hijau

Cara membuat

1. Pukul mentega dan gula sehingga ringan dan berkrim. Masukkan telur satu demi satu, pukul setiap kali.

2. Masukkan sekaya, gaul sehingga rata, kemudian masukkan sebuk biskut marie.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Campurkan pewarna oren ke dalam satu bahagian sementara pewarna hijau ke satu bahagian lain.

4. Letakkan kertas dan berus acuan kek segitepat 7” atau acuan lain dengan mentega cair. Masukkan 4 sudu besar adunan oren dan kukus sampai masak, kira-kira 5 minit.

5. Masukkan 4 sudu besar adunan hijau, susun biskut coklat rangup di atas, kukus sehingga masak.

6. Teruskan lapisan seterusnya dengan adunan oren. Guna cara yang sama sehingga adunan habis diguna.

NOTA

Susun biskut coklat rangup di atas lapisan hijau sahaja.

Serbuk biskut marie – kisar atau tumbuk .

KEK LAPIS WALNAT AISKRIM





KEK WALNAT AISKRIM
Rabiah amit


Bahan
5 biji putih telur
300g gula halus
15 biji kuning telur
400g mentega, dipukul hingga kembang
240g tepung berserbuk penaik

Bahan a
90g aiskrim coklat
45g koko
1 sudu teh pewarna coklat

Bahan B
90g aiskrim vanilla
60g walnut, goring tanpa minyak dan ditumbuk kasar
2 sudu teh esen vanilla

Cara Membuat
1.                  Pukul putih telur sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit.
2.                  Masukkan kuning telur satu demi satu dan pukul sehingga menjadi pekat dan berkrim.
3.                  Masukkan mentega ke dalam adunan telur.  Kacau rata dan kaup balikkan tepung.
4.                  Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Masukkan bahan A dalam satu bahagian dan bahan B dalam satu bahagian lagi.
5.                  Masukkan 3 senduk adunan yang mengandungi bahan A ke dalam acuan 8 1/2 x 8 1/2 inci dan bakar sehingga masak.
6.                  Tekan lapisan yang masak sebelum memasukkan 3 senduk adunan yang mengandungi bahan B dan bakar hingga masak.
7.                  Ulang proses ini berselang seli sehingga kedua-dua adunan habis.

KEK LAPIS BATIK

KEK LAPIS OMBAK STRAWBERI DAN KOPI

KEK LAPIS OMBAK STRAWBERI DAN KOPI


Resepi ini diambil dari buku terbitan One Publisher. Resepi ciptaan Jamie Jong

Bahan-bahan

500g mentega
10 biji telur
200g gula halus
280 g tepung biasa
1 sudu the serbuk penaik
150ml ogurt strawberi
2 sudu besar bijan instant kopi
150ml yogurt mangga
Pewarna hijau,merah
coklat emulco

Cara membuat

a.              Gaul mentega dengan gula sehingga ringan dan penuh berkrim. Campurkan telur satu demi satu pukul rata selepas setiap tambahan.
b.              Ayak tepung dan serbuk penaik, campurkan ke adunan mentega dan gaul sebati.
c.               Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, campur yogurt strawberi dna pewarna merah ke bahagian pertama. Campur yogurt mangga dan pewarna hijau ke bahagian kedua. Larutkan bijian instant kopi dalam 4 sudu besar air panas dan dicampur ke bahagian ketiga.
d.              Letak kertas dan berus acuan kek segitepat 8” dengan mentega cair. Masukkan 5 sudu besar adunan hijau, kukus sehingga masak. Guna penekan zig-zag di atas dan menekan permukaan dengan tetap untuk memperolehi corak ombak. Kukus sehingga masak.
e.              Masukkan 5 sudu besar adunan kopi di atasnya, kukus sehingga masak.
f.                 Masukkan 5 sudu besar adunan kopi di atasnya, kukus sehingga masak.
g.              Teruskan pengukusan dan menekan setiap lapisan sehingga semua adunan habis diguna.

NOTA

a.              Diingatkan bahwa hendaklah menekan setiap lapis pada arah yang sama.
b.              Penekan zig-zag dan acuan kek boleh didapati di kebanyakan kedai bakeri.




KEK KOKO BADAM


CHOCOLATE SHORTBREAD















FRAMBOZEN CANARY





















KEK LAPIS PUNCAK KASIH


KEK LAPIS BUTTERFLY


KEK LAPIS BISKUT KEJU MASIN



KEK LAPIS BISKUT KEJU MASIN
Jamie Jong

Bahan-bahan

250g keju krim

250g mentega

180g gula halus

6 biji telur

Parutan kulit 1 lemon

180g tepung biasa

1 sudu the serbuk penaik

400g biskut keju masin

Pewarna kuning

Coklat emulco

CARA MEMBUAT:

1. Pukul mentega, keju krim dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Pukul sehingga sebati selepas setiap tambahan.

2. Ayak tepung dan serbuk penaik, gaul menjadi adunan kembang. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Campurkan parutan kulit lemon dan pewarna kuning ke dalam satu bahadian. Masukkan coklat emulco ke satu lagi bahagian.

3. Letakkan kertas dan berus acuan kek segitepat 7” dengan mentega cair. Masukkan 4 sudu besar adunan kuning dan kukus dengan haba sederhana sehingga masak.

4. Masukkan 4 sudu besar adunan kuning di atas, susun biskut keju masin di atas, kukus sehingga masak. Kemudian masukkan 4 sudu besar adunan coklat di atas, kukus sehingga masak.

5. Teruskan proses yang sama, sehingga adunan habis diguna. Tutup biskut dengan adunan kek, rendahkan haba dan kukus sehingga lapisan terakhir masak.

NOTA

1. Susun biskut keju masin ke atas adunan kuning sahaja.

2. Setiap lapis akan mengambil masa 10 minit sehingga masak. Rendahkan suhu semasa kukus lapisan terakhir untuk memastikan permukaannya licin.

KEK LAPIS ANEKA WARNA HORLICK


KEK LAPIS BERANEKA WARNA HORLICKS

Jamie Jong

Bahan-bahan

350g mentega

180g gula halus

8 biji telur

120g tepung biasa

1 sudu teh serbuk penaik

½ sudu teh soda bikarbonat

150g horlicks

Pewarna kuning, merah dan hijau

Coklat emulco

Cara membuat

1. Pukul gula dan mentega sehingga ringan. Masukkan telur satu demi satu. Pukul rata selepas setiap tambahan telur.

2. Masukkan horlicks dan gaul rata.

3. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, uli adunan sehingga kembang.

4. Ambil 300g adunan, bahagikannya di dalam 3 cawan berasingan. Campurkan pewarna hijau, merah dan coklat emulco berasingan dan masukkan ke dalam beg pemicit.

5. Masukkan pewarna kuning ke dalam bahagian lebihan.

6. Letakkan kertas dan berus acuan kek segitepat 7” atau acuan lain dengan mentega cair, masukkan 5 sudu besar adunan sehingga rata. Picitkan garisan lurus warna hijau, merah can coklat emulco di atasnya. Kukus sehingga masak.

7. Ulangi proses ini sehingga semua adunan habis diguna.

NOTA

1. Masa kukus untuk setiap lapis adalah 8-10 minit.

2. Potong cara melintang supaya corak beranika warna senang dilihat.


KEK LAPIS MATA KUCING



KEK LAPIS MATA KUCING
Jamie Jong

KEK LAPIS MATA KUCING

Bahan-bahan

250g mentega

180g gula halus

100g biji gajus-panggang dan kisar sehingga halus

120g tepung biasa’1 sudu the serbuk penaik

300g prun

200g ceri merah

150g biji gajus panggang

Pes hijau pandan dan coklat emulco

CARA MEMBUAT

1. Gaulkan mentega dan gula sehingga ringan dan lembut. Masukkan telur satu demi satu, pukul sehingga rata untuk setiap tambahan.

2. Ayak tepung dan serbuk penaik bersama-sama, diramas menjadi adunan mentega. Masukkan serbuk biji gajus, ambil 300g adunan dan dicampurkan coklat emulco dan dibahagikan kepada 4 cawan. Campur pes pandan kepada adunan selebihnya.

3. Penyediaan Mata Kucing: Selit ceri merah ke dalam prun. Isi pusat ceri merah dengan biji gajus yang dipanggang.

PENGENALAN

Assalamualaikum
Blog ini khusus untuk memaparkan resepi terutama kek lapis sarawak dan chocolate shortbread dan frambozen canary.