Wednesday, July 3, 2013

KEK DURIAN

KEK DURIAN

Resepi ini diambil dari mforumcari



Kek Durian   ( PN. ANN )

185 gram tepung naik sendiri
185 gram buttercup
155 gram gula halus
4 biji telur (asingkan kuning dan putih)
Isi Durian

Cara membuatnya

1) Putar gula dan buttercup hingga kembang.
2) Masukkan kuning telur dan pukul perlahan.
3) Setelah itu, masukkan putih telur dan tepung sedikit demi sedikit.
4) Masukkan isi durian. (Untuk kelihatan sebati, mesin isi durian bersama majerin).
5) Bakar selama 20-30 minit dengan  suhu 180C.
 


Sunday, May 12, 2013

TUKAR NAMA BLOG

Dengan rasminya hari ini aku bertukar nama blog ke resepictinah. Panduan dari http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/. Terima kasih calipso. Memang dari dulu aku selalu mengikuti blog beliau. Mudah untuk difahami.

BLOG BISNES

Ini blog bisnes aku http://ctinah-cakes.blogspot.com/ . Aku jual di Kedah. Adik aku jual di Sarawak khususnya Kuching.

Saturday, May 11, 2013

TUKAR NAMA AUTHOR

Aku tukar nama author melalui blog ini http://aimi-wardina.blogspot.com/p/tutorial.html. Thanks aimi.

Sunday, April 28, 2013

CURSOR COMEL

Assalamualaikum. Lama sungguh aku tak update blog ni. Dah terperam sekian lama.Aku ambik cursor comel dari http://bicarafarah.blogspot.com/2011/10/arrow-cursors.html. Aku belajar kat blog ni mudah dan cepat faham. Thanks farah.

Thursday, December 31, 2009

KELUPIS



LAKSA SARAWAK

MEE LAKSA SARAWAK

1 bungkus (200g) perencah laksa
500g udang
2 ketul dada ayam
1 bungkus mee hoon
500g tauge
500ml santan
Garam secukup rasa
Daun ketumbar
4 biji telur ayam

Penyediaan kuah mee laksa
Rebuskan udang (dengan kulitnya sekali) dan ayam ke dalam 2 liter air. Setelah masak, keluarkan udang dn ayam tersebut dari air rebusan. Masukkan perencah laksa dan dikacau dengan menggunakan api yang perlahan. Setelah mendidih masukkan pati santan secukup rasa lemak diperlukan dan dikacau serta dibiarkan mendidih sebentar. Masukkan garam dan bahan perasa (jika perlu) secukup rasa

Penyediaan bahan-bahan
Mee hoon dicelur dengan air panas. Kemudian dicelup ke dalam air sejuk sebenrtar. Tauge dicelur, udang dikopek lkulitnya dan isi ayam dicarik/koyak halus. Telur dipukul dan digoreng kemudaiannya digulung dan dihiris halus

Penyediaan sambal belacan/pilihan (jika mahu)
Cili hidup dan sedikit belacan ditumbuk sama. Sediakan buah limaukasturi dan hidangkan berasingan

Menghidang Mee laksa Sarawak
Masukkan mee ke dalam pinggan, letakkan tauge, telur, isi ayam,udang dan 2-3 helai daun ketumbar di atas mee. Masukkan kuah mee tadi dan hidangkan. Untuk rasa yglebih enak, masukkan sambal belacan yg disediakan ke dalam mee yg tersedia untuk dimakan(perahkan limau jika mahu). Bagi sebungkus perencah (200g) anda boleh menyediakan 8-10 pinggan mee laksa Sarawak

AYUMA ENTERPRISE
019-8161550
012-8925442